Ramai di kalangan kita mempunyai masalah pembiayaan mereka tidak lepas. Bank pula kadang-kadang tidak beritahu kita sebab apa mereka tidak luluskan.
Jadi perkongsian di bawah ini saya terangkan 10 sebab kenapa bank tak lepaskan pembiayaan hartanah mereka.
Rekod Pembayaran Hutang Yang Tidak Cantik
Rekod pambayaran yang tidak cantik ini selalunya kita boleh dapati pada rekod CCRIS kita.
Jika kita memohon sebarang pinjaman dari bank, mereka boleh ada akses untuk menyemak rekod pembayaran kita dengan institusi kewangan yang lain.
Rekod yang tak cantik terutama rekod pembayaran yang melebihi dua bulan memang sukar untuk bank lepaskan.. Tapia da jer kes yang bank lepaskan atas faktor tertentu.
Jadi sebelum memohon pinjaman pastikan rekod pembayaran bulanan anda cantik dan tiada tunggakan.
Saman Dari Bank, Institusi Kewangan Atau Syarikat Lain
Antara sebab lain kenapa pembiayaan tak lepas adalah sebab anda ada saman dari bank, institusi kewangan seperti AEON Credit dan juga syarikat lain seperti syarikat telekomunikasi iaitu YES, Maxis, Celcom dan sebagainya.
Tidak dinafikan ada bank yang luluskan pembiayaan hartanah walaupun ada masalah ini. Hal ini kerana jumlah nya adalah sikit dan terdapat bank yang tidak lihat masalah ini sebagai salah satu kriteria untuk melepaskan loan anda.
Kawasan Hartanah Yang Berisiko & Masalah Geran
Kawasan hartanah yang berisiko juga bank tidak suka biaya. Terutama Kawasan tanah runtuh ataupun kawasan yang mempunyai senarai lelong yang terlalu tinggi.
Selain itu masalah geran juga memainkan peranan penting. Jika pemaju asal tidak menyelesaikan pertukaran nama kepada geran individu, tak semua bank terima untuk pembiayaan hartanah.
Masalah geran dalam proses juga bank tidak suka biaya kerana ia mengambil tempoh yang lama untuk selesai. Apatah lagi kes di mana pemaju asal bankrupt. Memang sangat sedikit bank yang menerima kes sebegini.
Komitmen Keluarga Yang Tinggi
Selain itu komitmen keluarga yang tinggi juga menyebabkan loan anda tidak lepas.
Seorang bujang yang tidak mempunyai tanggungan lebih mudah untuk lepas pinjaman dari seorang yang sudah berkahwin dan ramai anak.
Selain dari ini bank juga melihat NDI (Net Disposal Income). Berapa baki pendapatan anda selepas tolak semua komitmen bulanan.
Nasihat saya utamakan perbelanjaan keluarga dahulu sebelum membeli hartanah kerana pembiayaan hartanah ini melibatkan komitmen bulanan yang lama sehingga 35 tahun.
Majikan Tidak Membayar KWSP
Jika majikan anda tidak membayar KWSP anda juga boleh menyebabkan pinjaman anda ditolak.
Ini kerana Bank akan melihat kerjaya anda ini adalah berisiko dan majikan tidak cukup kuat sehinggakan KWSP pun mereka tidak mampu bayar. Nasihat saya jika ini terjadi, carilah kerja lain.
Tiada Simpanan & Baki Simpanan Di Bank Yang Rendah
Simpanan di bank yang terlalu rendah juga tidak bagus jika anda ingin membeli hartanah.
Ini kerana jika berlakunya kecemasan anda sudah pasti akan utamakan duit itu untuk perkara lebih penting dari bayar bulanan bank.Sebab itu bank kurang berkenan pemohon yang kurang duit baki dalam akaun simpanan dan tiada simpanan langsung.
Komisyen Yang Tidak Konsisten
Pengiraan komisyen adalah berbeza untuk setiap bank. Ada bank yang ambil 80% dari jumlah purata komisyen anda, ada yang 10%, ada 50% dan lain-lain mengikut bank dan industry yang anda bekerja.
Bank selalunya merujuk kepada IIF mereka. (Industrial Income Factor). So cara kiraan mereka yang bekerja sebagai ejen hartanah, sales untuk produk dan lain-lain adalah dikira secara berbeza.
Penggunaan Kad Kredit Yang Tinggi
Penggunaan kad kredit yang tinggi juga bank tidak berkenan. Lagi pun kadar faedah yang dikenakan adlaah 18%, sangat tinggi.
Jadi jika anda ada menggunakan kad kredit, pastikan anda menyelesaikan hutang kad kredit terlebih dahulu.
Pemilik Rumah Bankrupt
Pemilik rumah yang bankrupt akan menyebabkan bank tidak meluluskan pinjaman anda. Hal ini kerana jika pemilik hartanah itu bankrupt, aset mereka sudah dibekukan dan perlu diselesaikan dahulu sejumlah wang sebelum hartanah itu boleh dijual.
Selalunya rumah mereka ini sudah masuk dalam senarai lelong. Maka hati-hati ketika memilih hartanah.
Rumah Tiada Sijil Hak Menduduki Iaitu CCC
Sebab yang terakhir adalah rumah yang dibeli tidak ada CCC (Certified of Completion & Compliance).
Kebanyakan bank memerlukan insuran kebakaran untuk melindungi hartanah yang dibeli oleh pembeli.
Sekiranya pinjaman hartanah anda lepas pun ketika di hujung nanti sebelum bank anda ingin menyelesaikan hutang rumah pemilik akan menjadi masalah untuk di lepaskan wang tersebut.
Namun ada beberapa bank yang tidak mengambil serius isu ini as long anda ada geran individu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jika loan tidak lulus, it’s ok. Itu menandakan anda belum mampu lagi. Takut jika anda sudah beli nanti akan memudaratkan anda sekeluarga untuk membayar hutang.
Saya nak refinance fully paid flat kos murah di Pandan Perdana. Masaalah strata title kerna developer, Perwira Sakti, telah bankrupt. Bole tuan bagi cadangan apa tindakan yg harus saya lakukan. Tk