Ada Beza Ke Perunding Hartanah Dengan Ejen Hartanah?
Secara amnya orang kebiasaan kita nampak sama sahaja perkataan ejen hartanah dan perunding hartanah/ jururunding hartanah. Tapi di kalangan orang tertentu ia membawa maksud yang berbeza.
Di sini saya kongsikan perbezaan ejen hartanah dan perunding/jururunding hartanah secara amnya.
So jika anda nampak terma ejen dalam ini sebenarnya saya maksudkan REN (real estate negotiator) atau perunding/jururunding hartanah. Ini kerana orang awam tidak mengetahui perbezaan antara kedua-duanya dan agar lebih mudah untuk difahami.
Apa Itu Ejen Hartanah
Ejen Hartanah – adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Mereka yang menjadi ejen hartanah ni pernah mengambil sama ada sijil diploma, graduan universiti atau mereka yang pernah mengambil kursus di Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah mahupun kolej swasta yang menawarkan kursus berikut. Selepas ambil kursus ini akan ada praktikal dan temuduga sebelum dibenarkan membuka agensi hartanah mereka sendiri.
Apa itu Perunding Hartanah
Perunding Hartanah – perunding hartanah ini adalah jurujual hartanah yang menjalankan transaksi jual beli hartanah. Perunding atau REN ini bekerja dengan ejen hartanah dan sekiranya sebarang transaksi berjaya terjual, pembahagian komisyen akan dibahagikan antara ejen dan juga REN tersebut. REN atau perunding hartanah berdaftar ini boleh disemak di website Lembaga Pentaksir dan Ejen Hartanah.
Anda nak jadi Ejen Hartanah?
Dapatkan info & training daripada saya sekiranya anda berminat untuk bersama saya menjadi seorang Ejen Hartanah!
Anda mempunyai soalan? Komen sahaja pertanyaan anda disini ya 🙂
Salam Tuan
Where is your office located?
kota damansara.