Macam Mana Ejen Hartanah Buat Duit?
Sebagai ejen hartanah, kita harus tahu beberapa perkara bagaimana untuk menjana duit dari kareer kita. Di sini saya senaraikan enam (6) point penting bagaimana untuk menjana pendapatan dengan kareer perunding hartanah/ ejen hatanah.
6 Cara Buat Duit Sebagai Ejen Hartanah
- Temujanji
Pertama sekali kita harus cukupkan semaksima mungkin temujanji dengan klien kita sama ada klien yang ingin menjual hartanah mahupun yang ingin membeli hartanah.
Saya mencadangkan 15 appointment seminggu. Sama ada jumpa pemilik rumah untuk menjual hartanah, appointment dengan pembeli untuk membeli hartanah mahupun aktiviti mendapatkan duit booking klien. Kesemua 15 ini adalah appointment yang kualiti selepas ditapis untuk kita memaksimakan produktiviti kita sebagai perunding hartanah.
Antara perkara yang kita harus kuasai adalah bagaimana mendapatkan leeds berkuali yang mungkin kita terlepas pandang sepanjang kareer kita sebagai perunding/ ejen hartanah.
- Networking
Kedua adalah networking. Anda pernah dengar perkataan “Your Network is Your Net Worth” dan “Relationship is a Currency”?
Ia bermaksud network kita menilai berapa nilai diri kita. Lebih ramai kita kenal, lebih besar kita boleh mengembangkan nilai diri kita sama ada dari segi perniagaan dan lain-lain. Setiap hubungan kita dengan orang lain adalah berbeza-beza. Lebih kita rapat dan lebih ramai orang percaya, maka lebih banyak potensi bisnes yang kita boleh dapat.
Ia termasuk juga hubungan dengan rakan agency lain. Lebih rapat kita dengan seserang, lebih yakin orang tersebut memberikan list rumah berkualiti untuk kita jualkan. Jika anda seorang networker yang baik inshaAllah anda akan cepat berjaya.
- Rundingan
Seorang perunding/ ejen hartanah yang baik adalah seorang yang boleh menjadi seorang perunding yang baik. Secara khususnya untuk kedua-dua pihak penjual dan pembeli bersetuju dengan tawaran dan meneruskan proses jual beli.
Seorang perunding yang baik pastinya seorang yang penyabar dan bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Pemikiran kritikal juga penting untuk menyelesaikan isu dan masalah yang ada melibatkan jual beli hartanah ini.
Lebih banyak dan lebih pandai anda menjadi perunding, inshaAllah lebih banyak hartanah yang anda boleh jual.
- Perancangan kewangan
Untuk menjana pendapatan yang bagus sebagai ejen/ perunding hartanah, anda kena faham struktur kewangan anda sendiri. So perancangan kewangan ni penting sebab kita tiada gaji tetap. Saya cuba sebaik mungkin untuk cerikatan perancangan kewangan bagaimana yang anda harus ada.
Pertama sekali cuba fahamkan rajah ringkas yang saya adjust sikit sendiri mengikut kesesuaian ejen/ perunding/ jurujual hartanah di bawah:
Jualan
- Perbelanjaan Yang Menjana Pendapatan
Pendapatan Kasar
- Perbelanjaan Peribadi/ Sendiri
Pendapatan Bersih
Saya akan ceritakan lebih detail dalam e-book saya secara percuma iaitu Strategi 5 Angka Ejen Hartanah.
- Career path
Setelah anda decide nak jadi ejen hartanah, anda harus nampak career path anda. Kemana kerjaya anda akan pergi selepas ini. Sama ada jadi team leader ke, ambil lesen untuk buka agensi hartanah sendiri ke dan sebagainya.
Pernah dengar “start with an end in mind” dari Simon Sinek? Amat digalakkan anda letak target kemana halatuju akhir anda dan pendapatan yang anda inginkan dan berusaha kearahnya.
- Pelaburan hartanah.
Dengan kerjaya ejen hartanah ni anda adalah antara orang terawal yang tahu di mana lubuk hartanah yang murah-murah. Jika tawaran menarik pasti ejen hartanah ni akan beli dahulu sebelum dibuka untuk jualan.
Dengan point yang saya telah nyatakan di atas, saya yakin kita semua boleh dapat pendapatan yang kita inginkan dengan cara kerja yang betul.
Anda nak jadi Ejen Hartanah?
Dapatkan info & training daripada saya sekiranya anda berminat untuk bersama saya menjadi seorang Ejen Hartanah!