Apa Kriteria Agensi Hartanah Yang Bagus?
Memilih agensi yang baik adalah penting jika kita menjadi ejen hartanah. Beberapa perkara yang anda harus ambil berat dalam pemilihan agensi. Sudah tentu perkara ini melibatkan perkembangan pendapatan anda.
Saya sangat percaya jika pendapatan kita tidak berkembang, pasti ada perkara yang salah kita tengah lakukan. Oleh itu saya share 4 perkara yang anda harus semak untuk pemilihan agensi manakah yang sesuai dengan anda.
Career Path
Pertama anda harus jelas kareer anda di agensi tersebut. Berapa pendapatan yang anda boleh jana dari bulan ke bulan, tahun ke tahun. Apakah program intensif yang dijalankan oleh agensi untuk menyokong kareer anda sebagai ejen hartanah.
Sistem
Sistem yang bagus seperti sistem pembayaran komisyen, sistem rekod jualan dan lain-lain penting untuk perkembangan kareer anda.
Jenis latihan dan sokongan dari agensi sangat penting kerana dengan sistem yang baik akan menyebabkan perkembangan pendapatan dan kareer anda lebih cepat.
Network
Network yang baik sesame agensi lain juga penting kerana bidang ejen hartanah ini adalah bidang “people’s business” yang memerlukan kita berinteraksi dengan orang lain secara kerap.
Dengan network yang baik terutama dengan ejen-ejen lain sama ada di dalam atau luar agensi pastinya lebih mudah anda menjual rumah-rumah klien anda.
Tiada unsur politik pejabat
Yang terakhir adalah tiada unsur politik pejabat. Perkara ni susah nak elak. Tapi sepatutnya dalam organisasi jualan dan pemasaran terutamanya tidak patut ada unsur politik ini dan kita harus fokus pada peningkatan pendapatan dan perkembangan team kita sahaja.
Ini bagi mengekalkan fokus anda dalam melakukan jualan secara konsisten.
Anda nak jadi Ejen Hartanah?
Dapatkan info & training daripada saya sekiranya anda berminat untuk bersama saya menjadi seorang Ejen Hartanah!