Jadi Ejen Hartanah & Jana 5 Angka Sebulan

Written by shukrizohari

Jadi Ejen Hartanah ni betul ke boleh buat 5 Angka Sebulan? Sebenarnya boleh sangat. Benda ni bukan scam atau tipu pun. Memang kalau anda join jadi Ejen Hartanah / Perunding Hartanah anda memang boleh buat 5 Angka sebulan.

Tapi dengan syarat anda kena buat kerja betul-betul sebab duit tak turun dari langit. Kena lah berusaha lebih sikit.

Sebelum kita masuk lebih detail, jom kita fahamkan terlebih dulu apa maksud Ejen Hartanah / Perunding Hartanah ni.

 

Ejen Hartanah vs Perunding Hartanah

Ramai orang salah paham maksud ni. Seorang Ejen Hartanah (REA) tak sama dengan seorang Perunding Hartanah (REN). Part ni anda kena paham dulu sebelum nak terjah join dalam bidang hartanah ni. Takut nanti orang tanya taktau nak cakap apa pulak.

Ejen Hartanah (Real Estate Agent atau REA)

Ejen hartanah yang berdaftar atau REA ni boleh ada operasi agensi hartanah sendiri dan boleh ada 50 orang Perunding Hartanah (REN) untuk tolong dalam perkhidmatan hartanah.  Jenis perkhidmatan ni termasuklah jual, beli & sewa hartanah dekat orang lain.

REA ni perlukan kelayakan akademik, piawai & kemahiran yang dah ditetapkan oleh BOVAEAP. Ini termasuklah Diploma Hartanah. Kena jugakada pengalaman kerja dengan mana-mana agensi selama lebih kurang 2 tahun sebelum nak masuk Exam jadi REA ni. 

Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator atau REN)

REN ni pulak orang yang bekerja under Agensi Hartanah berdaftar (REA). REN ni tak perlu mengendalikan perniagaan sendiri dan tak perlu nak daftar di bawah BOVAEAP. Cuma REN  perlu hadir ke Kursus Pensijilan Perunding (Negotiator Cert Course).

Itu je. Takde lah complicated mana pun. Cuma Malaysia ni pelik sikit. Term macam ejen hartanah atau perunding hartanah boleh jadi issue. Sekarang ni Perunding Hartanah telah dinamakan sebagai Perunding Harta Tanah.

 

Jadi Ejen Hartanah & Jana Duit 5 Angka Sebulan

Dalam bidang hartanah ni, nak buat duit 5 angka sebulan bukanlah 1 benda yang susah. Tapi nak kata senang pun tak jugak. Sebab kalau malas kerja memang takkan dapat pun buat duit. Tapi kalau rajin konfem sangat boleh dapat.

Saya taknak la bagi tips kena rajin apa bagai tu semua. Itu semua pun tau kan. Tapi antara benda penting yang anda kena buat untuk jadi Ejen Hartanah yang berjaya.

Dapatkan Temujanji Untuk Jual Rumah

Benda pertama yang anda kena buat adalah dapatkan sebanyak boleh temujanji dengan klien sama ada klien yang nak jual rumah die ataupun yang nak beli hartanah.

Saya cadangkan buat dalam 15 temujanji seminggu. Kita kena maksimumkan jadual kita sebanyak boleh sebab jumpa seorang dua untuk temujanji takkan dapat cover jualan yang anda perlukan. Ni kena faham part conversion rate. Dalam 10 orang yang kita jumpa mungkin 1 je yang berminat nak beli. Macam tulah.

Networking Dengan Ramai Orang

Lagi ramai orang yang anda kenal, lagi besar peluang untuk anda dapatkan listing atau buyer yang nak beli rumah. Networking anda mempengaruhi berapa nilai diri kita. Alaa standard macam Insta Famous la. Banyak job dapat sebab ramai orang kenal diorang. Mudah kan nak faham?

Anda jugak kena bernetworking dengan rakan agensi yang lain. Benda ni akan mudahkan urusan anda untuk jana duit dengan lebih banyak.

Pelaburan Hartanah (Investment) 

Disini anda kena bijak sikit buat decision. Dalam bidang kerjaya ejen hartanah ni, anda adalah antara orang terawal yang tahu mana lubuk hartanah yang murah-murah. Ini adalah peluang untuk anda buat duit dengan lebih banyak.

Kalau ada tawaran yang menarik, beli lah. Cuma nak beli jenis hartanah yang berbaloi ni anda kena belajar lebih detail sebab kita taknak beli hartanah lepas tu rugi. 

 

Konklusi

Apa yang saya bagitau dekat atas ni adalah benda basic yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang nak join jadi ejen hartanah & buat duit yang banyak. 

Cuma ini belum masuk part praktikal lagi. Ada banyak lagi yang perlu anda tahu untuk jadi ejen hartanah yang berjaya ni. Semua tu saya biasa kongsikan dalam Program 5FIK yang saya jalankan untuk setiap recruiter dalam agensi saya. 

Sekiranya anda ingin jadi Ejen Hartanah, anda boleh join Webinar yang saya buat DISINI.

Itu sahaja dari saya. Nantikan artikel saya yang lain. Cheers! 🙂

shukrizohari
  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >