Sebenarnya apa perbezaan di antara subsales vs undercon ini?
Sebelum membeli hartanah, anda bukan sahaja perlu semak kelayakan, lokasi dan juga kejiranan anda. Ada satu perkara lagi yang anda harus tahu iaitu sama ada anda ingin membeli hartanah dari pemilik atau dari pemaju.
Hartanah dari pemilik ini kebiasaannya dikategorikan sebagai hartanah subsales. Hartanah subsales ini secara am nya adalah hartanah yang telah dibeli oleh individu yang dipanggil sebagai pemilik dan pemilik tersebut ingin menjualnya semula kepada pembeli yang baru.
Hartanah yang dibeli dari pemaju pula dipanggil hartanah ‘undercon atau under construction’. Selalunya hartanah ini dibeli ketika ianya baru dilancarkan dan kebanyakannya adalah hartanah yang belum siap.
Kandungan
Terdapat perbezaan sekiranya anda ingin membeli antara kedua-dua jenis kategori hartanah ini. Kos juga adalah berbeza walaupun nilai hartanah adalah sama. Dengan itu, saya sertakan jadual yang menceritakan perbezaan tentang kedua-dua hartanah ini seperti di bawah.
Defect liability period ini adalah tempoh yang anda dapat untuk anda tuntut sebarang kerosakan yang ada pada hartanah yang anda beli.
Kesimpulannnya ada pro dan cons anda membeli kedua-dua jenis hartanah (subsales vs underon) ini sama ada untuk tujuan pelaburan atau untuk kegunaaan sendiri.
Apa yang paling penting adalah anda harus merujuk kepada ejen hartanah dan peguam anda serta menyemak dengan teliti terlebih dahulu terutama tentang kemampuan anda untuk membeli supaya anda dapat segala info yang diperlukan sebelum anda membuat sebarang keputusan pembelian.
Saya harap kini anda sudah faham apa perbezaan antara subsales vs undercon ni. Semoga artikel ini membantu anda!
Session expired
Please log in again. The login page will open in a new tab. After logging in you can close it and return to this page.
Sekiranya anda mempunyai soalan, sila terus komen di sini. Jangan lupa juga dapatkan e-Book Panduan Membeli Rumah Pertama anda di sini https://www.shukrizohari.com/panduan-membeli-rumah-pertama/