6 Cara Buat Duit Dengan Hartanah

shukrizohari

03/13/2026

Ramai orang fikir untuk buat duit dengan hartanah perlu modal besar atau perlu beli banyak rumah dahulu.

Sebenarnya tidak semestinya.

Dalam industri hartanah, ada banyak cara untuk jana pendapatan. Malah ada orang yang buat puluhan ribu ringgit setiap bulan hanya dengan menjadi perantara transaksi hartanah.

Berikut adalah beberapa cara paling popular untuk buat duit dalam industri hartanah.


1. Sewa Rumah (Rental Income)

Ini cara paling klasik dalam hartanah.

Anda beli rumah dan sewakan kepada penyewa.

Contoh kiraan

Harga rumah: RM300,000
Loan bulanan: RM1,200

Sewa bulanan: RM1,500

Untung kasar bulanan
RM1,500 – RM1,200 = RM300 sebulan

Untung kasar setahun
RM300 x 12 = RM3,600

Selain itu rumah juga secara purata boleh naik harga setiap tahun.

Contoh selepas 5 tahun

Harga beli: RM300,000
Harga market: RM380,000

Capital gain: RM80,000


2. Jual Projek Baru (Project Sales)

Ini cara paling popular untuk ejen hartanah buat duit.

Developer bayar komisen kepada ejen untuk jual unit projek baru.

Contoh kiraan

Harga rumah: RM500,000
Komisen ejen: 2%

3% x RM500,000 = RM10,000 komisen

Jika anda jual:

2 unit sebulan
RM10,000 x 2 = RM20,000 sebulan

Ramai ejen fulltime boleh capai angka ini jika aktif buat marketing.


3. Jual Rumah Subsale

Subsale bermaksud rumah second hand yang dijual oleh owner.

Komisen standard industri adalah sekitar 3%.

Contoh kiraan

Harga rumah: RM400,000

Komisen
3% x RM400,000 = RM12,000. Ejen baru kebanyakannya akan dapat 60% dari Fi Agensi Hartanah.

Dalam kes ni: RM12,000 x 60% = RM7,200

Jika anda jual 3 rumah setahun sahaja

RM7,200 x 3 = RM21,600

Jika jual 1 rumah sebulan

RM7,200 x 12 = RM86,400 setahun


4. Flipping Property

Flipping bermaksud beli rumah murah, renovate, kemudian jual semula dengan harga lebih tinggi.

Biasanya dilakukan pada rumah lelong, rumah lama, atau owner nak jual cepat.

Contoh kiraan

Harga beli rumah: RM250,000

Kos renovate: RM40,000

Total modal: RM290,000

Harga jual selepas renovate: RM350,000

Untung kasar

RM350,000 – RM290,000 = RM60,000

Jika buat 2 flipping setahun

Untung = RM120,000


5. Homestay / Airbnb

Ramai orang buat duit dengan menjadikan rumah sebagai homestay.

Terutama di kawasan pelancongan.

Contoh kiraan

Pendapatan Airbnb sebulan: RM4,500

Loan rumah: RM2,000

Kos maintenance + cleaning: RM500

Untung bulanan

RM4,500 – RM2,500 = RM2,000

Untung setahun

RM2,000 x 12 = RM24,000


6. Property Sourcing (Cari Deal Untuk Investor)

Ini cara yang semakin popular.

Anda tidak perlu beli rumah sendiri.

Anda hanya cari deal yang bagus untuk investor dan ambil sourcing fee.

Contoh kiraan

Harga rumah deal: RM300,000

Sourcing fee: RM5,000

Jika buat 3 deal sebulan

RM5,000 x 3 = RM15,000 sebulan


Kenapa Ramai Pilih Jadi Ejen Hartanah?

Sebab untuk mula dalam industri ini modal sangat rendah.

Anda tidak perlu beli rumah dahulu.

Sebagai ejen hartanah anda hanya perlu:

✔ belajar market
✔ cari buyer
✔ bantu owner jual rumah

Setiap transaksi boleh beri komisen RM3,000 – RM30,000 atau lebih.

Selain dari tu anda dapat kenal dengan ramai orang yang boleh bantu buka minda anda untuk jana pendapatan lebih tinggi.


Contoh Pendapatan Ejen Baru

Jika seorang ejen berjaya jual:

1 rumah setiap 2 bulan

Komisen purata: RM10,000

Setahun:

6 transaksi x RM10,000 = RM60,000

Ramai ejen selepas beberapa tahun boleh capai:

RM20,000 – RM50,000 sebulan.


Penutup

Industri hartanah adalah salah satu industri yang memberi peluang besar kepada sesiapa sahaja.

Tidak kira anda:

  • fresh graduate
  • pekerja makan gaji
  • usahawan
  • atau ingin cari side income

Hartanah membuka peluang untuk membina pendapatan yang besar dalam jangka panjang.

Yang penting adalah belajar, konsisten dan berada dalam environment yang betul.


Jika anda berminat untuk belajar bagaimana memulakan kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN), kami sentiasa membuka peluang kepada individu yang mahu mencuba industri ini.

Tiada pengalaman juga boleh bermula.

Kerana semua ejen hebat hari ini bermula sebagai newbie.


Written by shukrizohari

Shukri Zohari telah terlibat dengan hartanah sejak 2014 lagi dan telah terlibat dengan pengurusan hartanah korporat, jual beli rumah, mortgage banker dan juga seorang pelabur.


Related Posts

  • 13/04/2026
  • Uncategorized

Ramai ejen baru buat satu silap besar – mereka kejar closing dulu, padahal masalah sebenar ada lebih awal dalam funnel. Kalau anda masih bergantung pada nasib, kenalan rapat, atau

Read More
  • 12/04/2026
  • Uncategorized

Pembeli hartanah tiket tinggi jarang buat keputusan sebab anda pandai bercakap. Mereka beli sebab mereka yakin risiko terkawal, angka masuk akal, dan ejen yang uruskan mereka nampak tenang, tersusun,

Read More
  • 11/04/2026
  • Uncategorized

Kalau anda masuk industri ini dengan harapan satu dua posting terus dapat jualan besar, anda akan cepat penat. Realitinya, bagaimana ejen hartanah menjadi penguasa pasaran dalam 12 bulan bukan

Read More

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>